A pessimist sees a difficulty in every opportunity An optimist sees opportunity in every difficulty

Sunday, August 24

Happy Raya (^_^)

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum and hai semua.
Hari tu ada cerita dah pasal puasa di perantauan "Happy Fasting (^_^)". So syawal pon kene la cerita juga. Baru complete kan. Tudia 28 Syawal baru nak ceiita. Tapi ok la kan still syawal lagi.

Raya di Perantauan 2014.
Kat Germany ni ada dua tempat je Malaysia buat riang riang raya ni. Tudia nama riang sangat kan haha. Malaysia xkasi nama tu, saya yg kasi. Satu buat kat Ambassy Malaysia Berlin and satu lagi kat Consulat Malaysia Frankfurt. Tahun ni kami berlima semua tak balik Malaysia and decide untuk raya di Ambassy Malaysia di Berlin sebab first year hari tu kami dah raya kat Frankfurt. Eh bukan berlima, berempat ajo, sorg dah kawin, raya dgn husbeng tercinta la. Yang single2 ni ja kene raya dgn kawan tercinta. Xtaw la cinta ke x kawan2 tu haha. Ada juga student yg raya tempat sendiri sbb malas nk gerak p mana2 or tgh duk exam lg ke kan. Beraya la dlm 10 org cmtu. Ada juga yg beraya dlm bilik atas katil or beraya bersama game or beraya dlm wayang dan macam-mcam lagi. Pilih mana suka. All in your hand (*_*)

So firstly dalam beberapa hari sebelum raya, org normally balik kampung kan. Sama la dengan kami.  Sehari sebelum raya semua org pon dari tempat masing2 datang kumpul kat Berlin tapi yg wow nya tiket bas sold out. Musykil sekejap (Dorg raya juga ka?) Naik train mahal sikit kalau lambat book or kalau xda luck. So saya decide naik kereta aja. Sini famous carpooling. Dia ada website dia. So masuk kan dr mana nk ke mana then akan keluar la org2 yang nk menumpangkan kita. Xfree ya anak2. Bayar dlm 100km 5€ cmtu. 
-Carpooling (Mitfahrgelegenheit)-
-Pemandangan balik kampung-
Carpooling ni transport yg paling effective. Murah and cepat. And alhamdulillah selama saya naik ni selamat ja. Tapi kalau sistem ni buat kat Malaysia xtaw la mcm mana. Rasa mcm dua2 xselamat (Driver and penumpang). Kang mula lah ada kes kereta dicuri penumpang or penumpang diragut driver and so on. Subhanallah insyaAllah semoga Malaysia jadi lebih aman sentiasa.

Malam or pagi raya kat kampung mula la kan aktiviti bermaaf-maafan ngan mak ayah semua tapi tapi tapi kami cuma mampu call and skype aja. Skype pon dah mcm alien haha. Muka pecah2 suara sekat2. Masing2 dah kat kampung  Intenet 5gig pon xley tolong kalau line xdo. Sabar je la.

Kalau kat kampung kita normally dengar 2 bahasa je. Bahasa negeri kampung kita tu and bahasa melayu biasa. Tapi kami malam and pagi raya tu dengar lima bahasa. Tudia haa. Saya org pertama call mak ayah mlm tu. Cakap bahasa kl plus bahasa perak. Pastu cik raihan pulak dengan kelantan dia. Pagi tu cik auji pulak call keluar bahasa terengganu then cik zulaiha ckp melayu biasa sbb dia johor and last sekali cik ayu dengan kedahnya. Tudia KL Perak Kelantan Terengganu Johor Kedah. 1 Malaysia sangat taw haa. Sini xda sedara mara tapi kami ada 5 ibu ayah org lain. Alhamdulillah.

Pagi tu nak p solat raya kat ambassy, so pukul 5 camtu da bangun and siap untuk pergi. Sini xda la nk jalan kaki solat raya kt masjid. Kat kampung jam 8:00 solat, jam 7:50 baru gerak jalan p masjid.  Selagi mama xbising selagi tu duk main game lah apa. Saya xbersalah, abg ngan adik yg ajar main2 game nih. Oppss. Sini pukul 8 solat, 5 lebih dah siap2. Naik turun train amik masa satu jam plus untuk sampai ambassy. Tudia dengan baju kurung masing2 pagi raya tu. Org duk tengok pelik. Org duk huru hara p keje, kita pon huru hara nk p solat. Waa class sangat taw. Tapi whatever. Yang penting kami bahagia (^_^)

So pukul  8 solat raya and after tu ada makan2. Power gila makanan dia. Terkejut cheq taw. Semua benda ada. I repeat, semua. Rendang sate nasi impit dodol kuih raya complete. Alhamdulillah. xsia-sia la p Berlin. Sedap pulok tu semuanya. Power2. Clap3. 5 stars untuk mkcik pkcik yg masak. Terima kasih banyak.
-Solat Hari Raya-
-After solat raya-
-Makanan2 yg dihidangkan-
-Kuih muih raya-

-Ahli Riang Raya Berlin, kanak2 ni dari Mesir datang nk rasa beraya kat Germany (^_^)-
-Warga KBU 09/10-
After dah xlarat nk mkn dah tu (eh jgn ikot perangai kami, berhenti sebelum kenyang ya anak2) kami pon saja rasa nak jalan bandar Berlin dgn baju kurung. Saya before raya tu da kata saya xpeduli saya nak amik gamba dekat trademark Germany Brandenburger Gate. So semua pon on je. Org memang duk usha je kami and ada la beberapa manusia yg ajak bergambar sama. Meriah kan baju kurung berwarna warni. Pelik lah mereka dgn kami. Ni dorg belom datang Malaysia ni, jenuh penuh memory card duk amik gamba.  Malaysia lagi wow lip lap sana sini labuchi( ok xtaw eja) manik lah apa la. Raya la katakan. Saya raya tu pinjam baju kawan ajo haha. Baju kurung ada dua je kt Jerman ni. Tu pon dah duk dlm kotak mana ntah sbb brg dah packing nk pindah. Baju pinjam pon pinjam lah. Asal berbaju (@_@)


Petang raya tu saya balik tempat saya balik. Kawan2 lain balik esok pagi nya. Tuan rumah kt Berlin ada exam lagi beberapa hari after tu so kami decide xnak kacau dia. So kami balik awal. Syahdu sangat kan ibarat petang raya dah kene balik Kuala Lumpur haha. Tapi xpa xda jem, eh bukan sbb kereta xbanyak, saya balik naik train, nak jam macm mana pulok kan.

Hari raya kedua ketiga and seterusnya nothing happened. xperasan pon yg esok nya tu hari raya kedua. Semua org pon dah busy dengan urusan masing2. Hari raya pertama tu je la yg kami sambut. Melawat menziarah beraya open house memang xda lah kat Bremen tu. Tempat lain yg ada family ada la jugak buat open house cmtu. Saya esok tu p rumah budak-budak ni bukan dihidang air, disuruh kita p dapur buat sendiri, kene buat untuk tuan rumah tu sekali siap. Sabar je lah haha. Sirap ribena bandung kuih raya boleh letak dalam hati je. Kat sini hidangan air teh tarik cicah roti kosong. Alhamdulillah syukur. (^_^)

Sooo thats all about raya diperantauan. xada sedih mana pon. Semua pon depend on attitude kita. Kalau kita kata sedih, sedih la jadinya. Ada certain tu tengah duk jawab paper hari raya first. xtaw la cmna dorg fokus. Sadis betol haha. Puasa 30 hari 17 18 jam sehari. Last2 raya dlm hall exam aje. Tapi insyaAllah bulan berkat. Dipermudahkan Allah semuanya insyaAllah.

Selamat hari raya maaf zahir batin. Yang mana ada tersalah terkasar bahasa termengumpat, mintak ampun mintak maaf banyak2 ya. Semoga dpt jumpa lagi ramadhan dan syawal next year insyaAllah amin. 

“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur.”
[2:185]

Salam Perantauan 2014
Love from : Berlin Germany (^_^)

1 comment :

  1. Hahahah....selamat hari raye, maaf zahir batin... aku last year raye first dgn second exam...sorang2, org bingen semua balik...ok ja... :D

    ReplyDelete