A pessimist sees a difficulty in every opportunity An optimist sees opportunity in every difficulty

Wednesday, August 20

Dramatic Life

Assalamualaikum and hai semua!
Seminggu dua ni terasa diri mcm Park Shin Hye gitu (nama pelakon korea ok sapa yg xtaw). Rasa life mcm typical drama korea yg selalu duk tengok. 2 minggu lepas adalah minggu malang sedunia. Tudia malang bertingkat-tingkat sungguh. Saya ni jenis percaya malang ni dia xdtg satu je, dia dtg pakej sekali 5 ke 6 ke kan. Tapi redha je lah, Allah kasi ikot kemampuan kita je (^_^)

Awal ogos hari tu saya start practical di sebuah company di selatan Germany. Tudia lah time kemas brg nk pindah tiba2 check email, rumah kt tempat practical kene cancel. Hilang arah teros. Homeless. xtaw nk duk mana, nk p keje cmna. Saya pon dengan rasa kaya nya book la hostel untuk seminggu. Mahai aih tp xda choice kan. Tanya2 org, org kata xda student sgt area saya tu so hostel je la yg boleh. Hari perpindahan (tudia ayat) saya try contact lg membe2 kot ada sapa2 yg tinggal area saya buat practical. Alhamdulillah membe ada jumpa org tapi diorang duduk bandar sebelah. Nk p keje dalam sejam setengah cmtu la. Dengan laju nya cancel hostel and mintak stay umah dorg. Nasib dorg baik and okay aja. Jasamu akan dikenang (^_^)

Hari keesokannya hari pertama kerja. Bos kata dtg lapor diri pukul 9. Tudia dengan gilanya saya lapor diri pukul 10. Bukan sengaja tp tu lah kata malang bertingkat2. Pukul 5 pg dah bangun. Keluar awal amik tram nak p central station tiba2 tersalah tram. Patut rumah ngan central station 5 minit je. Ini 10 minit lebih xnampak lg central station. Cepat2 lah saya turun then google map then berlari ke central station. Berlari hokeyh. Feeling feeling macam lari pecut 800m tu  Fuhh lama dag xbuat. Kat sekolah dulu je duk lari2 ni. Train kene amik dari central station jam 6:01, saya sampai dpn platform 6:00. Alhamdulillah tersenyum and bangga dah dlm hati xterlepas train, pastu tunggu punya tunggu xda train datang. Tengok kat screen dia kata train cancel. Subhanallah. Next train dalam sejam after tu. Melangut la kt central station xtaw nk buat apa.

Lepas naik train tu kene turun satu station ni kene tukar amik bas pula untuk p tempat kerja. Bas yg sepatutnya amik td dah terlepas kan, pastu cepat2 kol taxi. Rasa mcm xnak la lambat hari pertama. Pakcik teksi kata kene bayar 20€-30€ ++ untuk p ke tempat keje tu. Hamboi mahal. Naik bas baru 2€. Cancel taxi tunggu je la kedatangan bas. Sejam pulok tunggu bas. Melangut lagi xtaw nk buat apa.

Akhirnya sampai juga kat bus stop tempat keje. Tapo belom abis lg malangnya, dr bas stop patut kene jln kaki 7 minit untuk ke company. Google map xtaw la kenapa saat tu, dia tunjuk jln jauh. Pusing sana sini 20 minit haa saya jalan kaki. Fuuuh sihat sungguh. Akhirnya pukul 10 sampailah  saya dpn bos. Nasib bos faham je. Perjalanan amik masa 4 jam nun. Dah mcm dari KL balik Perak. Adoai sabo je la.

Tiba time balik, nak balik sesat lagi dr company nk ke bus stop. Berpusing lagi pulak. Dah jumpa tu, tunggu la bas kan tiba2 bas lalu je depan mata xberhenti. Da pelik kenapa pakcik ni xberhenti, saya nak naik ni. Berlari-lari la kan ala mcm citer korea tu  "Ajushi ajushi!" Tapi this is real life kan, xdo maknanya pakcik tu nk benti kan bas dia untuk saya. Depends kat sini, normally bus xtunggu org and xberhenti tempat lain selain bus stop. Tapi kalau pakcik baik ok je. Kalau strict tu mmg xla. Nasib hang la. Tapi rupanya tempat saya tunggu tu bukan bus stop. Kene tunggu depan sikit lagi patutnya. Waduh2 dong. So kene tunggu lagi sejam setengah untuk next bus. Sejam setengah ok. Melangut lagi. Saya tengok fon, fon tengok saya sampai la abis sejam setengah. Ada je bawak buku tapi time tu xda perasaan la nk membaca2 ni. Rasa nak bakar semua benda haha. Oh ok sori dunia bukan saya yg punya.

Akhirnya pukul 9+ baru lah sampai rumah. Betol lah org kata rumahku syurgaku. Tapi ni bukan rumah saya pon, menumpang je. Tapi feeling nya seriously rumah org lain pon syurgaku haha.

Dalam masa 24 jam bertimpa-timpa benda datang. Hari esok lusanya and sepanjang minggu tu waduhai mcm2 benda lagi jadi  tapi sabar itu separuh dr iman kan. InsyaAllah moga Allah permudahkan jalan after ni. And sekarang dah mampu tersenyum. Semua nya selesai sudah. Makin banyak dugaan makin kuat kita jadi. Dia uji kita sebab dia sayang kita. So keep moving, keep praying and keep smiling. Everything will be fine insyAllah.

So welcome new life (^_^)
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan"
[Surah Rahman]

No comments :

Post a Comment