A pessimist sees a difficulty in every opportunity An optimist sees opportunity in every difficulty

Thursday, February 5

Kisah Bas

Assalamualaikum and hai semua
Hari2 pergi kerja kene naik bas dalam lebih kurang 40 ke 50 minit camtu la. Saya ni pula ada penyakit mabuk segala kenderaan. Naik lah apa pon pening sokmo kecuali train. Setakat ni semua jenis kenderaan naik dah muntah termasuk lah kapal terbang dan boat. Tapi train ja elok lagi setakat ni. So dah 6 bulan duk mabuk naik bas xsudah2. Pepatah alah biasa tegal biasa xmemberi makna utk saya.
Soo baca petua depa kata xnak pening duduk depan sekali pandang jalan. So memang sit depan sekali tu sit saya lah kan. Tapi petua ni pon xmemberi makna juga kat saya. Nk muntah je juga. So sapa ada petua lain boleh habaq mai.
So bila duk depan sekali kadang2 borak la ngan pakcik2 bas. Dah kamceng lah dengan pakcik2 bas ni kan cewaah. Yelah balik2 muka hang isnin sampai jumaat. Pakcik bas pon byk yg ramah2 haa borak la hang 50 minit. Station saya turun pulok station dah nk last memang bas tu beta yg punya la kan. Hang sorg ja satu bas sebesar2 alam tu. Xyah tekan loceng dah pakcik bas taw dah saya nk turun mana.
So selalu awal2 borak tu dorg akan tanya asal mana, buat apa kat sini, duduk kat taman mana ( okey taman sangat kan haha) dan soalan2 adik beradiknya. Pada suatu hari time tu otw nk balik rumah balik dr kerja. Naik mcm biasa lah kan duk depan sekali. Tengok pakcik bas mcm xpernah nmpk. Dalam hati kata "oh org baru kot". Tiba2 pakcik tu tegur ( takda lah pakcik sangat pon. Brother la kot umur dlm 30 an tapi i memang suka panggil semua org pakcik)
Ok continue brother tu pon tanya la asal dr mana. Nama apa. Tinggal kat mana. Saya pon memang jujur je lah semuanya kan. Nama abc duduk kat xyz n so on. Xda rasa pelik pape pon. Soalan yg org tanya kita, kita akn tanya balik la kan org tu. Brother tu kata dia asal turki tapi sebenarnya org kudish tapi lahir kat Jerman. Pastu saya pon ooo je lah. Tiba tiba tiba dia tanya
"dah ada boipren?"
Saya pon macam "#%$^*#($&;$^£$¥"
Dah kenapa pakcik ni. Omona omona. Time tu dah rasa pelik tp go on je lah. Nk sampai rumah ada lg 30 minit lagi nih. Pastu dia kata lagi
"Kalo boleh saya nak ajak keluar minum kopi"
Ohoooi menggelabah cik xtaw nak kata apa. Pastu dengan murni nya kata lah
"Oh saya hari biasa kerja pagi sampai petang. Hari sabtu ahad je lah kadang2 free. Tapi tu pon kawan selalu datang melawat hujung minggu. Tengoklah macam mana nanti"
Pastu pakcik tu mcm nk try lagi kan saya pon dengan laju nya kata
"Saya dah xlama kat sini (Stuttgart). Lepas ni saya kene naik bremen balik ( universiti saya which is jauh nya mcm johor ngan kedah) so xtaw lah sempat ke x nk keluar minum kopi"
Pastu pastu pastu pakcik ni jawab dengan jawapan yg menggemparkan sampai terkedu beta.
"Eh xpa kalo mcm tu. Saya boleh naik bremen jumpa awak."
Apakah3. Bas berhenti kat bus stop. Pastu ramai lah org naik. Dan terbehenti lah sekejap perbualan. Laju2 amik fon taip "SOS!" dekat cik Raihan. Dalam sekelip mata cik raihan pon teros call.
"Kenapa?" Tanya cik raihan
Saya pon "borak je lah kejap dengan aku"
Kami pon mengarut2 lah selama 20 ke 30 minit. Xcakap pasal pakcik tu pon sbb risau kot lah kan mana lah tahu pakcik tu tiba2 faham bahasa melayu ke kan. Bahasa melayu kan lingua franca (^_^)
Dah turun bas tu baru lah cerita kat cik raihan. Pakcik tu gatal la ape lah  yang paling penting sekali. Saya dah bagitaw dengan jujur nya macam2 benda pasal saya termasuk lah nama jalan rumah. Huaaaai cuak gila. Sepanjang minggu tu pergi kerja lalu jalan lain2. Kejap keluar awal kejap keluar lambat. And berlatih balik silat dirumah haha. Punya lah dah lama tinggal silat kaan. Tudia punya cuak.
Tapi alhamdulillah. Itu lah kali pertama dan terakhir jumpa pakcik tu. Lepas2 tu xjumpa dah. So anda anda anda semua. Jujur tu bagus tp kene tengok juga orang. Fikir baik pasal org tu bagus tp kene jugak rasa was2 dengan org supaya kita sentiasa berhati2.
Soooo ayuh gunakan pengangkutan awam. Sayangi dunia kita (^_^) Tiba tiba la pulok kan. Haha have a nice day and good luck semua yg exam =)

No comments :

Post a Comment