A pessimist sees a difficulty in every opportunity An optimist sees opportunity in every difficulty

Saturday, September 13

Penghormatan Itu Part 1

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum and hai semua

Tempat solat adalah antara salah satu masalah dekat sini. Nak cari masjid sentiasa memang xjumpa la kan. So mostly solat je mana-mana asalkan tempat tu kering dan kekotoran xdpt dikesan. Macam saya memang bawak je kompas ke mana-mana. Klasik sangat kan. Org lain pakai phone je. Tapi kalau keluar jerman xda internet xley guna juga phone punya kompas tu. Aritu pergi spain lagi lah, kompas tertinggal kat bilik, kami bentang peta carik mana utara mana selatan. Amik hang mcm dlm movie nun, org carik jln nk keluar hutan, kita cari arah kiblat. Class sangat kan. Haha

So hari ni nk cerita pasal tempat solat sbb sekarang ni tengah practical so mcm satu masalah juga la tempat untuk solat ni.

"Soklan saya, boleh ke solat dlm toilet?"

Saya yang cetek ilmu ni pikir asalkan kawasan itu bersih dan kering xda masalah nk solat. Kat sini toiletnya bersih gila sbb toilet dilarang basah. Kami pernah banyak kali amik wudu kat area sinki pastu kene marah sebab basahkan lantai. Padahal kami taw je. Kami lap balik je selalu nya after wudu tapi untuk mengelakkan sebarang pergaduhan dan permasaman muka (tudia ayat siapa ajar xtaw la) kami pon bawak je botol n amik wuduk dalam toilet. After siap kami lap everything tanpa tiggalkan sedikit pon kesan. Bagus efficient dan puas ati. xda sapa nk marah.

So continue balik untuk soalan saya, boleh ke tidak?
So disebabkan toilet sini bersih cantik dan indah, bila dah gila terdesak saya memang solat dlm toilet aja. Ni mesti ada mcm2 reaction yg keluar ni. "Apakah?" "What the" Eww" Yukks" "Kenapa" "Wow" dan lain-lain lagi. Mungkin ada juga yang kata "alahai siannya" "subhanallah" "alhamdulillah". Bagi org Malaysia ini mungkin something yg pelik. Tapi aritu amik wuduk dengan kwn saya tiba2 dia kata

"eh boleh je nk solat dlm ni ni. Tertutup je"
Dalam hati mcm "oh bukan aku sorg solat dlm toilet"

Time p camping dengan senior2 pulak, time saya bangun subuh tu dorg dah sudah subuh pastu dorg kata 

"p solat kt area toilet la, kami solat situ tadi"

See see see bukan saya seorang rupanya yg buat benda ni. Haritu saya tiba2 rasa nak tanya beberapa org akak2 yg byk la ilmu dari saya. Haritu da pernah tanya sekali tapi kakak tu pon xsure boleh ke x. so ni try tanya kakak2 lain pulak.

Saya: Boleh solat dalam toilet ka?

Akak 1: Macam xboleh
Akak 2: Eh xda bawah tangga ke?
Akak 3: xda bilik mkcik cleaner letak brg?
Akak 4: xda tempat2 mcm tersorok?

Lihat pilihan kami. Ini lah tempat solat biasa untuk kami. Nak harapkan satu bilik berbentangkan sejadah, karpet, bertampalkan ayat quran di dinding jauh panggang dari api. Bersyukurlah bagi mereka yg mudah tempat solatnya. Itu pon ada yg susah nk solat. Allah dah tolong dah tu. 

Soalan saya dibalas dengan soalan bertalu talu haha. Mungkin ada juga mcm ragu2, "haah boleh ke ek" sbb dorang pon tahu betapa bersihnya toilet dekat sini sampai logik boleh buat jadi tempat solat. Tapi last sekali kakak2 ni kata try tanya bos kot2 boleh solat kt mana2. Sebab diorang pon xsure apa hukum sebenarnya

Dulu time pre-practical bos xkasi pergi solat. Budak laki sorg ni nk p solat jumaat xboleh. Tapi dia cilok2 je pergi juga. Time tu summer so saya xda masalah solat. Zohor panjang. Balik rumah sempat lagi solat. Kalo xpon solat je senyap2 kat bilik persalinan. Sebab tu mungkin mcm dah letak mindset solat je lah mana2. xyah kecoh nak tanya bos lalala.

Tapi setelah google and google and google saya rasa mcm da jumpa hukumnya. Kalau saya salah, tolong betulkan. Kita xboleh solat dalam toilet ya anak2. Kalau siapa yg pernah buat termasuk lah saya, semoga Allah ampunkan insyaAllah amin and janganlah buat lagi after ni.


UAI: xda masalah amik wudhu dalam jamban luar jamban dalam mangkuk jamban masuk terus dalam pon xpa. Yang larangan membaca doa dan zikir.

Kalau google solat dalam toilet memang xjumpa. Kalau ada pon mcm xcukup nas. Jadi saya rasa kita boleh amik hukum ni. "Larangan membaca doa dan zikir". Kalau solat lagi lah, kita baca ayat Alquran. Kalau dalam toilet kita nak niat or baca ayat2 dalam hati xpa je sbb kita xlafazkan tapi bila solat kita wajib lafazkan sekurang-kurangnya dengar di telinga sendiri.Jadi xboleh lah solat dalam toilet, sebab kita lafazkan macam-macam doa dan ayat dalam solat.

Jadi keesokan harinya dgn berkat semangat n doa2 akak ni kasi, saya pon bismillahitawakkaltu a'lallah pergi la bilik bos and tanya. Dalam tu ada bos and ada kakak tempat kerja (anja nama dia dan cara sebutan ialah ania, bukan anje ok) Promote anja pulok haha 

Saya: Saya nak mintak setiap hari dlm 10 minit nk sembahyang dekat bilik sakit boleh x?

Bos tersenyum. Then dia kata.

Bos: Asoo ya ya awak boleh guna bilik sakit tu untuk sembahyang

Anja: Pukul berapa sembahyang tu? Takot tiba2 ada org kene guna bilik sakit.

xsempat saya nk jawab tiba tiba bos jawab dulu

Bos: Dia ada waktu2 tertentu. Dari certain waktu sampai certain waktu. Kan laika?

ohmaigoood terkejut sekejap cmna bos boleh tahu pasal solat pulak ni. Saya pon angguk je lah. 

Saya: Haah ada waktu tertentu tapi kalo nak tetapkan exact time pon boleh je. Contoh nak kasi saya guna setiap hari pukul 2 ke boleh je.

Pastu bos sambung lagi

Bos: Oh dulu ada jugak sorg budak practical pernah mintak sembahyang kat bilik sakit. Awak boleh je guna bilik tu bila-bila awak nak.

Kawan: Nanti kita inform dekat Ms. Beer (Bos lagi besar). Ok je. Guna je.

Dalam hati terpikir 'entah2 bos memang dah lama tunggu saya tanya, sebab dia mcm xterkejut pon bila saya tanya'. Alhamdulillah tersenyum lebar keluar bilik bos sambil terima kasih banyak2. Ngeh3 (^_^)

Keesokan harinya bos panggil

Bos: Laika saya dah ckp dgn Ms. Beer, awak boleh je guna bilik tu. Kalo awak risau tiba2 ada org masuk ke, awak boleh buat tirai dlm bilik tu and tulis " jangan ganggu"

Subhanallah. Sangat caring sekali. xtaw nak kata apa, terima kasih banyak2 kali ja.

Keesokan harinya lagi

Bos: Macam mana? Semuanya ok nak sembahyang tu?

Saya: Ya super perfect! Terima kasih (^_^)

Subhanallah, satu doa moga bos dpt petunjuk insyaAllah amin.

Orang bukan Islam hormat agama kita buat saya rasa terharu sangat2. Kita org Islam sendiri kadang xtaw hormat agama kita sendiri. Muslim sesama muslim pon ada yang dengki sesama sendiri.

Jadi semua org hargailah apa yg kita ada. Bersyukurlah dengan kemudahan yg ada and selalu kene ingat benda pertama yang akan dihisab kat akhirat is "solat".


"dan jika pembangkangan mereka terhadapmu terasa amat berat bagimu, maka jika kamu dapat membuat lubang di bumi atau tangga le langit, lalu kamu dapat mendatangkan mukjizat kepada merekan, (maka buatlah). Kalau Allah mengkehendaki, tentu saja Allah menjadikan mereka semua dalam petunjuk, sebab tiu janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang jahil"

[6:35]

Thanks for reading (^_^)

1 comment :

  1. samelah, dekat tempat kerja aku pon orang hormat bila aku nak solat...siap tunjuk2 kan port mane sesuai untuk solat, yang bersih and xde gangguan... :D

    ReplyDelete