A pessimist sees a difficulty in every opportunity An optimist sees opportunity in every difficulty

Wednesday, June 18

Girls Day Out 2014

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum and hai semua.
First meeting all together year 2014 took place in Bremen. Yeaaaah its my place.. Welcome to Bremen!
Semangat excited happy semua berkumpul menjadi satu. 

So kali ni  kami decide untuk pegi picnic and plucking strawberry. Normally mesti p main bowling or tengok wayang, biasa lah semua pon duduk sorang-sorang. Macam forever alone pulok kalau nak pegi tengok wayang or main bowling sensorang. Bila jumpa reramai la boleh buat benda-benda tu. Tapi not this time. Aktiviti sihat gitu.

Oh yeah kami  bake oreo cheese cake for our beloved friend yang hari jadi dia bape hari before kami jumpa. Punya lah sekor-sekor xreti bab baking2 ni. But resultnya berjaya juga. Ketua chef is cik raihan and saya assistant, resepi amik dari senior kami yang power bab2 ni Nabil Aizat.
So first kami  p plucking strawberry and it was awesome. Kalau dekat Bremen ni, yang femes, Hof Kaemena ni. Kita boleh start petik sendiri dalam tengah julai macam tu. Dekat sini petik strawberry free. Makan lah banyak mana korang suka. Yang kene bayar cuma strawberry yang kita nak bawak balik. Tapi xda la murah mana pon. Dekat kedai mcm lagi murah je. So my advice is makan je banyak-banyak kat situ xyah bawak balik. Nanti rasa nak makan lagi, pegi lagi. Gila jimaaaat haha

 Me
 Cik Raihan budak paling semangat petik masuk bakul. Orang lain semua masuk mulut. Boleh lah nak amik dia ni keje part time.
 Cik Zulaiha kids lovers. Budak-budak suka gila dekat dia. Kami pon xfaham kenapa.
Cik Ayu jurugambar xbertauliah
Last time p plucking strawberry disebabkan saya menghidap penyakit gigi sensitif (cehh ayat haha) saya xdapat makan banyak sangat strawberry sebab dia mcm masam-masam sikit. So bila makan, sekejap dah sakit gigi. So nutella lah boleh neutralize kan rasa masam tu. Sapa ada penyakit sama boleh lah buat macam ni.

Mula-mula macam cuak-cuak je cik ayu keluarkan nutella. Takot pakcik kebun marah. Tiba-tiba ada makcik jerman tegor "wow makan dengan coklat? Menarik" ok makcik tu x ckp bahasa melayu, makcik tu ckp jerman. Haha. Kami pon bangga la kan. Yeaah sedap kata kami. Pastu tiba-itba makcik row sebelah tanya boleh x dia nak cuba jugak, kami pon of course lah kan, silakan, Dia cicah lah strawberry dia kat coklat kami and kata sedaaap (mesti semua pakat mkn ngan coklat dah lepas ni kat rumah)

Kami pon pelik sekejap lah kan, pelik ke makan strawberry dengan coklat. Pelik agaknya kat sini. And kami pon nak berterima kasih lah la dekat akak Siti Nurhaliza yang menfemeskan budaya makan strawberry ngan coklat. Apa lagi boleh lah dah tweet kat page Dato Siti  (^_^)


So after tu kami pegi picnic! Menu kali ni is kuih gelang, bihun goreng and ayam kfc (homemade)
And then saya bawak la diorang jalan Bremen sebab masing-masing xpernah tengok city Bremen
Main Church Bremen. Saya baru perasan, rupa dia dah macam notre dam paris la pulok.

City Hall Bremen

Roland Bremen Savior
Trademark Bremen Stadtmusikanten
Wesser- River Bremen
And then before balik kami lepak tepi sungai Wesser main gitar lalala. Duduk betol2 tepi sungai menghadap ke sungai supaya xda sapa boleh lalu depan kami. Masing-masing duk segan sebab banyak gak la orang duk busking tepi-tepi kami. 

So thats all about our Girls Day Out. Next meeting should be Christmas in Italy yeaahh jgn lupa janji masing-masing. Italy dah menang hari tu. So bis dann und viel Erfolg noch für die Klausuren (^_^)

"Apakah mereka hanya menunggu saja kedatangan hari kiamat yang datang kepada mereka secara mendadak, sedang mereka tidak menyedarinya? Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain, kecuali mereka bertaqwa."
[43:66-67]
May our friendship last till Jannah insyaAllah amin

1 comment :

  1. pelik makcik bremen xbese makan strawberi dgn cekelat...makcik bingen jual siap stramberi coating dgn nutella...hahahah

    ReplyDelete