Assalamualaikum
Hai semua. Oh yup lama gila xmenulis. Tengah buat kerja tapi bosan dah so break kejap n saja hari ni nak cerita pasal university saya. Meh lah nak tayang sikit universiti obersea org kata kan haha. First hentikan imagination semua. University kami xsama ok macam university-university dalam movie-movie omputih tu. Saya pon terpedaya. Badget univesity kat obersea mcm ni semuanya
Sydney University |
Kat Germany mungkin ada la kot university macam ni tp setakat ni saya xjumpa lagi. Haha. Semua university kat sini mostly xnampak pon mcm university. Tiba2 tengah2 banggunan pejabat ada university. Pagar and pakcik jaga macam uitm memang xada lah. Abg saya dulu cerita budak2 kat uitm asik kene tahan dengan guard. Baju xbetol lah motor xda pelekat uitm la n so on. Sini hampa nak pakai apa pakai lah. Awal2 tu terkejut tengok lecturer datang kelas mengajar pakai short ngan seliper je amek hang haha. Ape pon boleh lahh.
University of Applied Science Bremen |
This is my beloved university. Of course love gila university ni coz hari2 duk pergi sini xkira cuti or sabtu ahad. Sayang sangat kan (padahal terpaksa p sebab projek)
Kat Germany ni dia ada university biasa and university of applied science. Budak scholar JPA xdibenarkan buat bachelor kat university biasa. So kene masuk university yg applied science je. Saya xpernah masuk university biasa so im not sure apa beza nya. Tapi semua org kata kalau university biasa tu banyak theory and university kami banyak practical. And kami maximum satu university boleh pegi tiga orang je satu batch sbb JPA xnak kami duduk sesama Malaysian je. Budak2 yang sama2 preparation dengan kita time kat Malaysia dulu berterabur seluruh Germany.
So first thing is cafe kot org panggil. Kami panggil Mensa. Tempat makan la kan. Kat sini kalau breakfast tu jangan harap la kan nak ada nasi lemak kuewtiew bihun and sebagainya. Haha. Dorg kat sini makan roti. So breakfast tu macam2 jenis roti ada. So pilihlah mana menarik asalkan halal. Untuk tengah hari tu pulak mostly makanan dorg based on potato. So kadang ada french fries, kentang rebus and mash potato. Or xpon makan spagheti. Kadang je ada nasi dalam menu.
Mensa |
Kat mensa ni dorg suka bagi goodie bag. Redbull lah coke lah biskut and macam-macam |
Next is library, tempat yang paling saya xpegi haha. First sebab saya xsuka tempat senyap kot. Kalau study group or buat keje normally buat dekat cafe xpon ada kelas yg dorg sediakan memang untuk budak2 lepak buat keje. Library dia dua tingkat. Tingkat bawah buku, tingkat atas banyak la meja n computer untuk student belajar.
Then yang paling penting, yang melambangkan university ni university technical kan mesti lah lab nya. Banyak subject yang ada lab. Contoh kalo kita belajar pasal welding so akan ada lab welding. Kalau belajar pasal engine kapal terbang, nanti masuk lab tengok engine kapal terbang macam mana dia function and so on. Kat Germany ni lab ni lah waktu yang paling stress kot untuk student (university saya ok sikit la) sbb sini punya style kene prepare sebelum lab. So bila masuk lab tu dah ready dah, dah taw apa nak buat. Masuk2 bukan student tanya, tapi lecturer yang tanya kita "apa awak kene buat hari ni". Sapa xprepare memang kene halau keluar and sometimes lecturer biar kita buat sampai habis but at last x tandatangan pon kat kertas lab kita, so kene buat lagi sekali. Ni memang kejam haha. Saya penah sekali la experience depan mata ada satu group ni kene halau keluar. Menggelabah group yang lain buat2 macam ada kerja. Aigoo saba je lah haha. Lab ni penting sebab selalunya lab ni requirement untuk exam. x lepas lab xboleh tulis exam. Seghabuit. °_°
Lab terbesar, ada turbine, propeller, motor and macam-macam |
Lecturer tengah test motor propeller group kami |
So thats all about my university. Saya pon xtahu lah university saya lagi bagus or lagi susah ke dari university kat Malaysia sbb xpenah masuk university kat Malaysia. (cita2 abis spm nak masuk uitm shah alam xkesampaian) So xboleh nak judge apa2. Tapi yang boleh kata masalah yang agak besar untuk saya kat sini is language. Semua benda ajar dalam jerman. So pandai2 lah nak buat macam mana supaya boleh faham everything. Bridging course bahasa jerman kat Malaysia 6 bulan je tu pon belajar benda2 yang cakap harian. Masuk university first sem menganga bila lecturer cerita pasal bernoulli's priciple dalam jerman. Dapat pulak kalau ada lecturer yg cakap dengan accent memang masak lah haha. First sem tu memang xfaham la apa budak2 kelas duk bercerita, dah la cakap laju gila, dengan plus bahasa pasar sikit2, senyum je lah. Orang gelak kita pon gelak. Haih lawak lah bila teringat first sem. Sekarang alhamdulillah. Kalo xlepas paper tu bukan sbb xfaham lecturer ckp tp sbb lain la tu. Kene kaji balik haha.
Tapi ok lah, Allah kasi kita ujian yg kita larat je. InsyaAllah baik2 semuanya.
so
WELCOME TO MY UNIVERSITY (^_^)
"Tidak sepatutnya bagi orang-orang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang).Mengapa tidak pergi beberapa orang dari tiap-tiap golongan di antara mereka untuk memperdalam pengetahuan agama mereka, dan memberi peringatan kepada kaumnya jika mereka telah kembali kepadanya, agar mereka bisa memelihara diri mereka"
[9:122]
Thanx for reading and semoga semua diberkati insyaAllah =)
untunglah library 2 tingkat...ktrg kecik giler library.. ku xgi pon... mensa cantek!! huhhu
ReplyDelete