Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim hari ni saja nak share pasal tafsir surah ke seratus enam. Surah Quraisy.Semua orang mesti hafal and selalu baca dalam solat, tapi maybe tak semua orang tahu apa maksud surah tu termasuk lah saya haha. Dah 23 tahun hidup semalam baru taw citer surah ni. Aigooo.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
[1]Kerana (mengenangkan nikmat) kebiasaan kaum Quraisy.
[2] (Iaitu) kebiasaan mereka melakukan perjalanan pada musim sejuk dan panas,
[3] Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,
[4] Tuhan yang telah mengurniakan mereka makanan yang menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan.
surah ni dia ada kaitan dengan surah sebelummnya Surah Al-Fil. And surah ni jugak adalah jawapan Allah untuk doa nabi Ibrahim
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa : "ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yg aman sentosa dan berikanlah rezeki dari buah buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari kemudian." Allah berfirman: "Dan kepada orang yang kafir pun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa dia menjalani seksaan neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali"
[2:126]
Orang Quraisy ni time summer dorg suka p Syam and time winter dorg suka p Yaman untuk berdagang. And perjalanan diorang selamat je. Allah memang kasi nikmat kat diorang p berdagang. Ni maksud ayat kedua. Sebab tu ayat ke tiga dan keempat Allah kata kita kene sembah Dia sebab Dia dah kasi macam2 nikmat kat kita. Tapi orang Quraisy ni duk sembah berhala.
Tapi saya baru taw, orang Quraisy ni diorang percaya Allah sebenarnya tapi dalam masa sama diorang mensyirikkan Allah. Dorang sembah Allah melalui berhala. Dorang ni memang selalu putar belit ayat. Dorg rasa dorg beriman dorang rasa dorg buat benda betol. Padahal salah salah salah.
Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: Ini halal dan ini haram, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.
[16:116]
Macam dalam surah Al-Fil, time tentera Abrahah nak p runtuhkan Kaabah, diorang xcuba selamatkan Kaabah, diorang p Kaabah untuk selamatkan unta2 diorang then diorang balik. Tentera Abrahah pon macam pelik. Then org Quraisy ni kata "Kaabah itu ada penjaganya (Allah)" Tapi mana boleh, Allah pandang usaha, bukan pandang hasil. Dorang xcuba and xusaha pon nak selamatkan Kaabah. See dorang percaya and tahu je Allah ada, Allah jaga Kaabah tapi still duk sembah berhala.
Antara pengajaran surah ni kita kene syukur setiap nikmat Allah kasi. Yang kecil yang besar. Ada rumah, sihat, boleh lihat, dengar and macam2 lagi. And nikmat datang bukan dalam bentuk senang je, susah pon satu nikmat. Orang putih kata every cloud has a silver lining. Kita kata setiap berlaku ada hikmah sebaliknya. German kata apa saya pon xtaw haha
Selamat muhasabah diri semua. Thank you for reading, Semoga semua sentiasa diberkati insyaAllah.
No comments :
Post a Comment