A pessimist sees a difficulty in every opportunity An optimist sees opportunity in every difficulty

Sunday, May 26

Kisah Derma Darah

Assalamualaikum 
 Hai semua hari ni saya saja nak share pasal experience nak derma darah. Nak derma ya bukan derma haha. Cerita nye bermula bila cik raihan cakap dia nak derma plasma and kene amek darah minggu lepas. Saya pon teringin jugak lah. Memang dah lama nak rasa camna derma darah tu. So hari jumaat lepas which is semalam punya semalam (oh my BM) after buat project kat uni saya pon google lah kat mana tempat boleh derma darah. Jumpa tempat untuk derma Plasma. Saya pon kol lah tempat tu sebab normally semua benda kat sini kene buat appoinment dulu becoz they love preapred things =)

 After kol and tanya, makcik tu kate boleh je datang xpayah buat appoinment. Saya dengan semangat nya pegi tempat tu. Kat dalam tu punya lah ramai orang. Terkejut saya. Penuh tempat tu. Yang tengah menderma banyak, yang tengah tunggu pon banyak. 
 Lepas tu saya mesej cik raihan sebab saya pelik. Dalam otak saya baik gila orang German suka derma darah. Cik Raihan kata "derma darah kat sini dapat duit lah, orang siap buat part time work lagi" Oh baru beta tahu. Dapat dalam 15 euro camtu. Banyak ok around 60 ringgit. Memang berbaloi buat part time. 

Maybe ada yang xtaw (mcm saya yg baru taw) apa beza derma plasma and darah. Cik Raihan lah yang cerita, pastu saya google lah, plasma tu cecair warna macam teh ais, die xamek darah kita, dia keluar kan darah kita, filter and amek plasma then darah kita masuk balik dalam badan kita. Function plasma ni adalah untuk transport dissolved substance macam glucose ke vitamin ke to all the organs and tissues in the body. (sori lah i bukan doctor to be, tapi camtu lah kata google) Btw tahniah to cik Raihan sebab berjaya menderma Plasma =)

So balik kepada cerita saya, makcik2 dekat situ sangatlah baik and friendly sekali. Normally kat sini official things orang panggil kita guna family name (nama ayah) and xpanggil nama kita, tapi makcik tu panggil saya guna nama saya and die perkenalkan diri pon guna nama dia and guna informal speech. i like it very much. Dia tanya datang dari mana, wat apa kat Germany macam2 lah. Sangat friendly. Lepas tu die tanya berat berapa, saya pon memang lah xtaw dah bape lama xtimbang, saya pon agak2 je lah kata 48kg (oh malu i exposed berat) then dia kata "oh xcukup berat ni xboleh derma, minimum kene 50kg" pastu makcik tu kata xpa kita cuba timbang dulu. Timbang2 hamik ko 46kg je haha memang xlayak. 

Lepas tu makcik tu kata, xpa kita cek dulu kuat ke x urat kat tempat nak amik darah tu. Dia pon tekan2 la kat belakang siku tu kan (tempat orang selalu kene amek darah tu) Then makcik tu kata ok kuat so balik naik kan berat then datang balik ok. Oh kecewa xdapat derma darah. Tapi xpa niat tu dah ada. hihi

So semua orang jom kita derma darah, kita boleh selamatkan banyak orang kalo kita derma darah. Kat Malaysia memang lah xdapat duit kalau derma darah, but its okay saham akhirat tu kan lagi best =) Yang penting kita ikhlas. Abah kata kene banyak menderma, murah rezeki and insyaAllah mudah urusan, so kalo korang xda duet tapi korang sihat, boleh lah derma darah. 

so selamat menderma darah semua (^_^)

" Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya pada jalan Allah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas , Maha mengetahui "
[2:216]

3 comments :

  1. hehe, biasa la berat bihah lagi ringan. memang tak dapat la nak derma darah ke. follow here http://nabihahzambry.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ohh,, baru tau pasal derma plasma..nice info..

    ReplyDelete
  3. Ada dalam movie 'the Pursuit of Happyness' kan.. Will Smith jual plasma darah dia untuk hidup..

    Sekurang-nya ada motivasi untuk menderma.

    ReplyDelete