A pessimist sees a difficulty in every opportunity An optimist sees opportunity in every difficulty

Tuesday, August 9

Istanbul Turkey Tours

Assalamualaikum and hai semua


Istanbul dulu dikenali sebagai Kota Konstantinopel. Satu tempat yang penuh dengan sejarah. Pernah menjadi ibu kota untuk tiga buah empayar: Empayar Bizantine, Empayar Rom dan Empayar Turki Uthmaniyyah.

So first thing macam biasa tranportation in Istanbul. Kat Istanbul ni ada tram, ada metro, ada bas and ada boat. So perfect la, semua tourist attractions boleh reach dengan public transport. Harga one way transport 3 Lira tapi saya suggest korang beli "Istanbul Card". Istanbul Card ni macam touch and go, kita topup pastu kita touch ja. Advantage nya beli Istanbul Card ni, harga untuk sehala hanya 2.20 Lira. So dapat jimat 0.80 Lira untuk setiap perjalanan!

So lets explore Istanbul!

1) Blue Mosque

Blue Mosque atau Masjid Sultan Ahmet antara masjid yang paling banyak sekali visitors. Masjid ni dinamakan masjid biru sebab dinding2 masjid dia dihiasi tiles berwarna biru. Masjid  ini ada 6 minaret(menara). Minaret dia mencetuskan isu sebab sama bilangan dengan Minaret kat Masjidil Haram. Sultan dengan bijaknya selesaikan masalah isu ni, dia hantar arkitek p Makkah untuk buat minaret ke 7 di Masjidil Haram. So sekarang kita dah tahu kenapa Masjidil Haram ada 7 Minaret (^_^)





3)Hagia Sophia:
Tiket masuk: 30 Lira (RM 41)

Hagia Sophia ni sebuah Ortodoks Church bertukar menjadi Roman Katolik Cathedral, bertukar menjadi Masjid bertukar menjadi Museum. Haaa amek hang. Dia punya bertukar tu, Pikachu pon kalah.

Hagia Sophia ni sebuah gereja terbesar selama beribu tahun pada zaman Empayar Rom dan Byzantin. Pastu zaman empayar Turki Uthmaniyah berjaya tawan Istanbul (Costantinople), Sultan Al Fateh arah Hagia Sophia ditukar jadi Masjid. So diorang pon ubah suai la Hagia Sophia ni. Lukisan2, patung2 semua dia keluarkan. Ganti dengan ayat2 alquran. Pastu ditambah la aspek2 majid macam mimbar, mihrab dan 4 minaret.

Hagia Sophia ni jadi masjid selama 500 tahun hinggalah Turki berubah menjadi kerajaan Republik Turki. Mustafa Kemal arah Hagia Sophia ditukar menjadi Museum. So sekarang Hagia Sohia ni adalah sebuah museum. Ada ukiran2 kaligraphi ayat alquran dan ada juga lukisan2 gereja kat dalam ni. Tapi walaupon dah bertukar menjadi museum, azan still dilaungkan 5 kali sehari.

Time masuk waktu solat, kita boleh dengar azan dilaungkan dari Hagia Sophia dan Blue Mosque sahut menyahut. Amazing!






Rating: 7/10 sebab mahal sangat lah entrance dia dan kawasan dia xda besar mana pon cuma dapat lah tengok keindahan seni bina arkitek dari macam2 zaman (bagi yang berminat)

4)Topkapi Palace:
Tiket masuk: 30 Lira (RM 41)

Topkapi palace ni adalah istana kediaman utama sultan Uthmaniyah selama 400 tahun. Lepas Turki bertukar menjadi Republik Turki, Istana ni dibuka menjadi museum untuk orang ramai. Topkapi Palace ni lah tempat yang paling wajib masuk. Yang lain hang xnak masuk xpa, tapi yang ni masuk la (tudia merayu haa).

Sebab kan dekat dalam Istana Topkapi ni lah kita boleh tengok barang2 peninggalan Nabi, para sahabat dan sultan2 zaman Empayar Turki Uthmaniyah. Dalam ni lah ada pedang2 Rasulullullah, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali. Ada baju Fatimah, baju Ali. Janggut Rasulullullah, bekas Tapak kaki Rasulullah daaaaaaan macam2 lagi. Dan dalam Topkapi Palace ni juga la tersimpan sebuah Al-Quran berumur lebih 1000 tahun (Manuskript dari 8th Century AD) yang membuktikan Al-Quran yang kita ada sekarang adalah sebuah Kitab dari lebih 1000 tahun dahulu. xboleh amik gamba so korang kene datang dan tengok sendiri.

Lagi satu yang menariknya istana ni kan. kita boleh masuk ke setiap pelusuk dunia. Maksud saya ialah, seluruh okey i repeat seluruh kawasan istana dibuka untuk pelawat. Ada bilik sultan berehat, ada bilik anak2 sultan sunat, ada tempat sultan tunggu berbuka puasa sehingga lah sampai ke dapur dia pon hang boleh masuk. And saya ofkos lah sesat dalam ni. Keluar taman ni masuk taman nu keluar banggunan ni masuk banggunan nu. Haa fefeeling la mcm princess sikit kan dah alang2 dalam istana.









Rating: 10/10 kita akan terharu tengok keindahan arkiteknya dan juga barang2 yang dipamerkan dalam ni. Semua tiles2 dan ukiran dalam istana adalah handmade. Imagine betapa teliti nya la hai diorang ni ukir satu2.

5) Basilica Cistern
Tiket masuk: 20 Lira (RM 28)

Cistern ni adalah sebuah tempat takungan air. Ia dibina untuk membekalkan air ke istana dan kawasan2 disekelilingnya. Kedalaman dia lebih kurang 10m, lebar 65m dan panjang 132m. Ada 336 tiang dalam ni. Ada dua tiang diukir rupa Medusa (Greek Methology percaya sebagai pelindung). Saya pon xberapa nak faham sangat tuhan2 Greek ni. Dia ada banyak jenis2 tuhan untuk menjaga dorang. Tuhan air la tuhan api la dan lain2.

Ada satu tiang pulak diukir Hen's Eye. Dia macam mata. Benda ni kalau korang p Turki and Greece memang banyak sangat dijual. Dekat kedai2 ke rumah ke hostel ke banya diorang gantung benda warna biru macam mata ni. Saya punya lah xpuas hati pe benda lah benda ni. Pastu dapat borak dengan orang local (orang Turki), tanya lah dia, benda biru mata ni apa benda sebenarnya. Orang tu pon explain. dorang percaya benda ni kira macam mata untuk jaga keselematan dan keharmonian diorang lah. Okeeeey. Understood.









Rating: 8/10 satu tempat yang agak unik. Engineering yang power. Diorang boleh bina something like this beribu tahun dahulu. Perfect!


6) Galata Tower
Tiket Masuk: 20 Lira (RM 28)

Galata Tower ni saya xnaik sebab amboi mahalnya. Dari atas Galata Tower ni kita boleh tengok pemandangan the whole Istanbul. Saya xda lah minat sangat bab2 tengok panaromic view city ni. Tapi sapa2 yang suka boleh la naik Galata Tower ni. Dia ada lift akan bawak kita dari ground floor terus ke atas. Tinggi nya 66m.




7) Grand Bazaar

Grand Bazaar ni adalah syurga untuk mereka yang suka membeli belah. Tapi Grand Bazaar ni dah macam neraka untuk saya. Haha. Grand Bazaar ni lah tempat yang paling sekejap sekali saya masuk dalam banyak2 tempat kat Istanbul ni. Pressure gila rasa macam cepat lah mana jalan keluar. Nak keluar. Mana mana pintu keluar. Doraemon tolooong nak pintu sesuka hati. Why? Sebab saya datang Istanbul bukan untuk shopping. So saya memang xberminat nak beli apa2. Dan memandangkan saya jalan sorang2, pakcik2 kedai ni memang xda orang laen dia boleh cakap dah. Memang duk promote dekat saya, dan saya aigooo serba salah betul. Tapi do enjoy the free tea and free Turkish Delight they offer you. Kenyang minum tea saja.




8) Suleymaniye Mosque

Sooo dalam banyak2 Masjid dekat Istanbul ni, saya paling suggest p la Suleymaniye Masjid ni. Ni la masjid yang terbesar dekat Istanbul. Bukan Blue Mosque ya anak2. Dah la besar, cantik, indah, dan wow lah. Kat sini juga kita boleh ziarah Makam Sultan Sulaiman, isteri dan anaknya. Al-Fatihah.

Sultan ke 10 dan sultan terlama yang memerintah pada zaman Turki Uthmaniyah. Sultan ni sangat terkenal dikalangan orang barat dan digelar "Suleiman the Magnificent"








9) Al-Fateh Mosque

Kalau sebut kota Kostantantinopel kita memang xkan boleh lupa Sultan Muhammad al-Fateh. Beliau dan angkatan tenteranya lah yang telah berjaya menawan Kota Kostantinopel. Nabi SAW ada pernah bersabda tentang beliau dalam satu hadith:

".... Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera...." 

[Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Saya p sini nak melawat makam Sultan Alfateh tapi time p tu orang baru lepas solat Jumaat dan dekat dalam Masjid orang tengah continue solat jenazah. Pusing pusing, xjumpa kat mana makamnya. InsyaAllah nanti kita mai lagi.






SO WELCOME TO ISTANBUL!

p/s:InsyaAllah next post nak citer pasal Cappadocia. Tp bila tu xtaw. Istanbul ni pon delay punya lama haha. Tapi insyaAllah kita citer nanti ya (^_^)  Esok nak exam tapi xsedar diri lagi nih. Wish me luck and pray for me ya everyone. Thank u! Jasamu akan dikenang!

12 comments :

  1. Assalammualaikum..

    Bestnya dapat melawat tempat menarik, bersejarah macam ni.. :)

    ReplyDelete
  2. masa pergi tahun lepas,,tak sempat jejak galata tuu,rasa ruginyaaa

    ReplyDelete
  3. Exam boleh repeat woi, tp blog kena dikemas kini selalu hehe

    ReplyDelete
  4. wahh seronoknyer.kalau ada rezeki nizza pun nak pergi sana juga :)

    ReplyDelete
  5. Good luck exam ! Waahh bestnya travel sesorng!

    ReplyDelete
  6. bestnya. nanti bila i datang turkey you boleh tlg jadi tour guide kan? *kenyit mata*

    ReplyDelete
  7. haihhh, ni yang jeles ni. Istanbul ni tmpt yg saya nak pergi sgt. Harap2 Turki kembali aman ;)

    ReplyDelete
  8. Assalamua'laikum dear.. Cantik pemandangan di masjid-masjid Instanbul..

    ReplyDelete
  9. sempat singgah sekejap jer bulan March hari tu, transit half day... kebetulan hari tu letupan kat Istiklal street... Alhamdulillah, nasib baik tak sempat lalu jalan tu hari tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni p bulan march ritu la ni, istanbul meletup sehari after jalan kt street tu, alhamdulillah. Polis punya banyak area tu pon boleh meletup.

      Delete