A pessimist sees a difficulty in every opportunity An optimist sees opportunity in every difficulty

Sunday, August 14

Cappadocia Turkey Tours

Assalamualaikum and hai semua. 

Yeah seperti yang dijanjikan, hari ni kita nak cerita pasal Cappadocia.
google punya
Oh yes transportation paling murah dari city ke city ialah bas. Bas dia best gila! Service macam dalam flight. Xtipu ni. Ada screen boleh tengok citer, dengar lagu, ada plug, ada wifi, dan ada steward hokey! Dia kasi roti2 lalala, pastu kalau nak air ke boleh mintak. Perfect! Tapi mostly dorang xpandai ckp english so pandai2 lah korang buat gaya. So saya suggest naik yg night bas, tido dlm bas je memalam, korang jimat duit hostel, plus jimat waktu (siang boleh terus jalan).

So Cappadocia ni sebuah city yang wujud selepas letusan beberapa gunung berapi. Kawasan cappadocia penuh dengan batu2 besar yang unik2. Design batu2 ni terhasil naturally dari tiupan angin dan hujan selama berabad2.

Mula2 xada penduduk pon dekat sini. Lepas tu bila orang mula discover kawasan ni, orang start korek2 (macam pelik perkataan ni) batu2 ni untuk buat tempat tinggal. Kira macam korek buat jadi gua la untuk tinggal. So kalau datang sini make sure stay dekat cave hostel or hotel okay! Betul2 duduk dalam gua cuma dia dah design cecantik lah kan. xyah nak fefeeling macam tarzan pulak.
Hostel saya. Murah dan staff baik "Stay in Peace Cave Hostel"
Okay first thing macam biasa public transport in Cappadocia. xada public transport kat sini. Padan muka haha. Ini series hokeyh. Kalau korg boleh drive, korg sewa lah kereta senang sikit nak jalan. Tapi sebab saya xreti drive an, untuk pertama and julung2 kalinya sepanjang sejarah travel, saya mengambil package tour! Fuuuuuuh. Clap3. Hari pertama amik tour, hari kedua jalan sendiri. Jalan maksudnya jalan menggunakan kaki, total lebih 9 jam rasanya berjalan. Jalan the whole day dari pagi sampai petang. Sihat sangat!

So kita citer pasal tour la kan, most hostel or hotel memang ada tawarkan tour. Harga tour 90-120 Lira (RM120-RM160). Dia ada tiga jenis tour iaitu Blue, Green dan Red Tour. And saya amik Green Tour.

So basically tour ni ikot colour lah, lain colour lain tempat dia pergi. Boleh juga macam hari ni amik green, esok amik red and lusa amik blue. Tour ni diorang akan pick up kita pagi2 dari hostel or hotel kita and lepas habis semua, dia akan hantar kita balik hostel kita semula. Senang kan. Okay sampai situ je cerita pasal tour ni. So jom explore Cappadocia!

1. Göreme Panorama

Dia macam satu kawasan lapang, dari atas ni, kita boleh tengok la pemandangan Göreme (sebuah tempat die Cappadocia) Saya duduk hostel dekat Göreme. Memang keliling batu2.




2. Underground City (Derinkuyu)

Dekat Cappadocia ni ada lebih kurang 35 undeground cities dan kebanyakan underground cities ni dia connected to each other. Jadi ada macam terowong dari satu city ke satu city. Terowong bukan pendek2 tapi dalam 7, 8 km macam tu untuk p next underground city. 

So apa underground city ni sebenarnya kan, underground city ni ialah bandar di bawah tanah (direct translate haa). Kenapa pulak orang nak bina bandar bawah tanah kan, awat xbina atas tanah, kan senang. Dorang bina bandar bawah tanah sebab nak sorok dari musuh. Time ni tengah dalam peperangan "Arab-Byzantine Wars".

Trip saya dia bawak pergi underground city yang paling besar sekali (Derinkuyu) boleh dikatakan underground city terbesar di dunia. City ni ada 6 tingkat (xley imagine macam mana dia korek) dan boleh muat lebih kurang 20 000 manusia. Dalam ni ada sekolah, ada church, ada stor makanan (dorang bela kambing dalam ni) dan macam2 lagi. Memang sangat menakjubkan.
google punya




.  
3. Selime Monastery

Ini adalah monastery terbesar di Cappadocia. Monasteri ni boleh muat lebih kurang 5000 orang. So ideanya bila kita p sini, kita dapat lah feel2 kehidupan biarawan biarawati zaman dulu2. Yang saya xfaham nya, nak naik benda ni bukannya ada tangga, duk panjat batu sana sini. Kita yang pakai seluar ni pon ada rasa macam nak tergolek, macam mana lah biarawan biarawati dengan kain tu panjat monasteri ni.





Dari Selime Monasteri ni kita boleh tengok Yaprakhisar Panorama. Yaprakhisar Panorama ni tempat shooting star wars katanya (sorilah iolls xtengok star wars). 2 3 kali pakcik guide tu tunjuk haha (eh suka hati i lah nak tanya, i bayar kot) First time ada guide kan, memang seronok tanya macam2. Jakun sekejap. Selalunya research baca sendiri ja sejarah tempat tu kan.
google punya
4. Göreme Open Air Museum

Tempat ni dia macam open lah, tapi nak masuk kene bayar (25 Lira = RM33). Dalam ni dia ada banyak church and chapel. Saya xmasuk pon museum ni sebab jalan punya jalan sesat dalam batu2 tu xjumpa kat mananya open air museum ni. Orang ckp ni antara tempat wajib masuk lah (Aku tengok batu dia dah mcm sama je haa)
google punya
google punya
google punya
5. Valleys

Dekat Cappadocia ni ada banyak valleys. Satu valley tu amik masa jalan lebih kurang 2 hingga 4 jam. So dah taw kenapa second day tu saya jalan lebih 9 jam. Batu2 yang kita nampak dari permandangan atas tu semua boleh lalu between dia. Saya pon masuk batu sana keluar batu sini,  masuk celah batu tu, keluar celah gua ni. Fuuuuh. Memikirkan jalan sorang, berani xberani ja, takot tergolek jatuh orang xjumpa mayat kita haha. Valley dia ada yang jalan cam biasa ja, ada yang adventure gila.

Ada valley yg saya masuk, ada yg xmasuk, ada yg xtaw tgh dlm valley apa sebenarnya, main jaaaalan ajo. Aku pon xtaw lah ak dalam valley mana dah. Confius dah.

Ilhara valley (included in Green Tour package)


Rose/Red Valley
Valley ni dia warna merah macam pink2 sikit. Time matahari terbenam kita boleh tengok dia tukar kaler.
Google punya
Belakang tu red/rose valley. Saya tengah tunggu sunset
Pigeon Valley
Valley ni saya xtaw lah saya jejak ke x sebenarnya, rasa macam jejak, tapi xda pigeon banyak pon time tu. Anggap je lah pigeon sejuk belum bangun pagi lagi.
google punya

Love Valley
Ni gamba saya amik okay. Bukan dari google. Haaa bangga. Yes pelik sikit batu kat valley ni.

Sword Valley
Ni pon saya rasa saya lalu, tapi series konfius bebatu dia. Peta kat tangan, tapi faham xfaham ja. Saba yo lah.
Google punya
Dan ni antara jalan2 adventure saya redah.



Alhamdulillah berjaya mengharungi batu batu sana sini dan keluar dengan masih hidup bernyawa, Nak pergi lagi sekali ngan geng! Supaya xda lah cuak2 sangat nak harung batu2 ni, pastu nak tick valley mana dah lalu. Haaa masuk dalam bucket list!

6. Hot Air Balloon

Lagi satu cappadocia ni femes dengan hot air balloon nya. Boleh naik hot air balloon subuh2 sebelum matahari terbit, and dapat lah tengok sunrise time dekat atas tu. Syaratnya korang kene ada duit! Harganya 120-140€ (RM530-RM620). Jadi saya sedar diri xda duit. student kan, nanti lah dah kerja kita mai naik. Nanti kan ada banyak pakcik2 duk promote tour la balloon ni la, jawapan paling senang jawab, "xnak saya takot" settle.

Tapi kalau kita xnaik balloon ni, kita still boleh tengok dia, korang just jalan naik ja kat mana2 kawasan yang mcm tinggi (sunset view area contoh) untuk tengok keindahannya. Syaratnya kat sini pulak bangun pagi2 sebelum sunrise dan start hiking! Yessss dan sekali lagi saya subhanallah malas nya. Alarm dah set pukul 5, bangun snooze snooze dan snooze. Last2 ke laut nak tengok permandangan hot air balloon. Harapan hanya tinggal harapan. Kalau ada geng mungkin ada la orang boleh paksa bangun kan (cewaah alasaaan)

Okay tu je lah cerita pasal cappadocia. Cantik kan!

SO WELCOME TO CAPPADOCIA!

Post kali ni kita tutup dengan satu cerita terjadi kat saya. Panjang sikit ceghiternya. xnak baca sudah.

Meh nak cerita sikit pasal tour ni. Saya hampir2 lah ditipu dengan sorang pakcik ni. Saba je lah.Time tu saya tengah dekat bilik menunggu bas kat Istanbul (nak amik bas p Cappadocia), tiba2 ada sorang pakcik pekerja syarikat bas tu lah, dia tanya saya dah ambil tour ke belom dekat cappadocia. Kalau belum, dia nak kasi diskaun lah, dia ada kawan boleh uruskan. Semuanya telah ditranslatekan dalam bahasa melayu okay. Satgi hampa ingat pakcik tu org melayu pulok. Idok ler, dia org turki ler.

Saya pon dengar je lah pakcik tu explain lalala pum pam pum pam tolak tambah diskaun sana sini dia kata okay green tour saya kasi 180 Lira (Harga sebenar 200+ katanya). Saya pon setuju lah, dia cerita mcm kasi diskaun betul. Saya bayar pastu pakcik ni pegi nk tukar duit nak pulang duit baki dan nak tulis resit. 

Sementara tunggu, saya saja buka email hostel. Hostel offer 100 Lira! Menyirap sekejap darah. Time tu fikir nak biar ke nk lawan nak biar ke nk lawan. Akhirnya saya pilih untuk lawan. Pergh dah lah sorang2 buat kecoh dekat tempat tunggu bas tu. Hamek ko. Pegi cari pakcik tu kat kaunter tu pastu dengan konfidentnya kata

"saya nak cancel. saya nak duit balik."

pakcik tu dah pelik. Dia pon tanya lah 

"kenapa? kenapa nak cancel?"

Saya pon kata lah

" hostel saya offer 100 Lira ja. Tipu ni 180 Lira" 

Sambil tu tunjuk email hostel kat pakcik tu
pakcik tu pon kata, 

"hostel ni tipu ni, mana cukup 100 Lira, Ni nanti kamu kene bayar extra, ni xinclude lunch, ni xinclude entrance fee"

Dan macam2 lah lagi lah pakcik tu explain. Saya malas dah nak percaya. Saya pon kata

"dia tulis include ni. Kalau tiba2 xincluded nanti saya complain lah kat hostel saya. Dah saya nak cancel" 

Pakcik2 lain kat kaunter tu dah pelik ape benda la bising2 dorg ni kan. Sampai ke sudah saya xnak dengar cakap pakcik tu, last2 pakcik tu give up, dia pulang balik duit. Pastu dia kata,

"xpe lah awak xnak percaya, tapi 100 Lira tu mustahil la, hostel tu tipu tu"

Saya pon whatever lah pakcik. Last tu before nak naik bas, pakcik tu kene cek tiket2 penumpang semua, sempat lagi dia promote lagi, Dia turunkan harga jadi  150 Lira. Xnak lah pakcik.. Adhoi. 

Malam tu naik bas dari Istanbul ke Cappadocia ambil masa dalam 8 ke 9 jam camtu, pagi tu sampai main terminal cappadocia, turun ja bas, terus kene tarik ngan pakcik kat station tu, dia nk promote tour dia pulak. Kita ikot je lah. (eh dia bukan tarik mcm culik ke apa, dia tarik mcm promoter nak promote barang camtu) Guess what, pakcik tu offer 90 Lira! Saya dengan lajunya. yes saya nak green tour! Alhamdulillah. 

Okay sampai sini sahaja entry kali ni. Thanx for reading! And again

SO WELCOME TO CAPPADOCIA!

6 comments :

  1. waah! best ! best ! jealous woohh..klo i gerenti x lepas la g sensorang tuh..bisa nangis dong..haha

    ReplyDelete
  2. adventure sungguh ni. tabik la awak ni. Hidup penuh dengan keberanian.

    ReplyDelete
  3. Uniknya hotel.. Cantik2 pemandangannya..

    ReplyDelete
  4. wah,bestnye.. mmg blajar kt istanbul la ye..brapa hrga keseluruhan nk jln2 kr cappadocia ni? rase nak pergi je skg jugak..jernih betul air sungai tu..

    ReplyDelete