A pessimist sees a difficulty in every opportunity An optimist sees opportunity in every difficulty

Saturday, July 16

First Giveaway by Anis Khalilah

Assalamualaikum and hai semua!

Saja nak cuba nasib, mana tahu cerita kita boleh menyentuh hati cik Anis Khalilah. Hadiah menarik sangat. Jom join semua!
http://akhalilah.blogspot.de/2016/06/first-giveaway-by-anis-khalilah.html
Okay hari ni nak cerita pasal "ibu kaulah segalanya". Tukar sikit lah tajuk sebab saya xpanggil ibu. So "Mama kaulah segalanya"

Saya dengan mama ni sangatlah opposite sekali. Mama kata saya banyak ikut abah. 
  • Mama sangat detailed bila buat kerja. Sidai baju seluar seluar ja satu barisan, baju baju ja satu barisan. (Fuuuh kalau boleh dia nak sidai ikot colour). Saya buat janji tujuan tercapai sudah which is in this case sidai baju supaya baju kering.
  • Mama kalau shopping, dia nak masuk satu satu kedai, lepas tu baru buat keputusan nak beli dari kedai mana. Saya masuk kedai, beli dan siap.
  • Mama masak letak elok2 dalam kuali. Saya masak campak dari jauh ja semua bahan2 dalam kuali - sebab iolls takut minyak panas. Sampai mama kata "eh mama xpernah lagi lah jumpa kubur orang mati sebab minyak masak merecik" amik hang setepek haha
  • Mama suka pakai high heels. Saya suka pakai sport shoes.
  • Mama suka drama melayu (nak tengok interior design rumah2 dalam drama tu katanya). Saya series xsuka drama melayu.
  • Mama suka beli pinggan mangkuk susun dalam almari kaca. Saya suka amik pinggan mangkuk mama yang cantik2 tu dan guna untuk makan nasi saya (Yeaah..).

Dan macam-macam lagi. So boleh bayangkan keadaan bila kami bersama? Time kecik2 dulu perghhh ada ja yang xkena. Ini salah itu salah. 

"Potong sayur bukan macam tu, sidai baju bukan macam tu, jangan pakai baju kurung dengan sport shoes!" 

dan sebagainya

Tapi sebab dah besar kan sekarang, mama pon dah give up agaknya. Haha. Dia biar ja saya buat benda style saya. Saya pon banyak dah berubah. Semakin menjadi wanita melayu terakhir. And kita pon dah bersatu sekarang ni
  • Sidai baju lepas mama pergi kerja. Sebelum mama balik, angkat dah baju. So mama xsempat nak tengok kan.
  • Mama masuk kedai tengok barang, saya duk luar kedai jaga barang-barang yang mama beli sambil makan keropok lekor.
  • Mama ada aktiviti lasak sikit, mulalah senyum2 pinjam sport shoes saya. Saya pon bila ada kenduri kawan kawin, mulalah senyum2 nak pinjam heels mama (sampai rosak okey, ganas gilaaa iolls)
  • Mama layan drama melayu, saya duk jelah tepi tanya ni siapa, kenapa, apa jadi kat hero lalala.. Dengar abah balik dari masjid. Kita bersatu terus tukar tv-alhijrah (hahaha)
  • Dan sekarang kalau hidang nasi mama tanya "harini kita nak pakai pinggan yang mana pula?" Benda beli kita kena lah pakai kan. 

Those opposite things we have do not create hatred but we complete each other (^_^)

And yes now, i'm doing the thing i hate just because mama loves this thing and proud of me doing this. We can never pay our mother back. But im trying my best to make u happy sealgi syurga saya masih dibawah mama. Satu benda saya percaya, insyaAllah Allah permudahkan jalan kita, bila ibu kita redha dan suka dengan apa yang kita buat. Moga Allah panjangkan umur kami dan pertemukan kami insyaAllah. I Love U Mama!

"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” "
(Al Israa’, 17:24)

5 comments :

  1. Assalammualaikum. Thanks awak join giveaway kitee. Lawak la awak nih. Hahaha. Yang tentang pinggan tu paling lawak. Suke suke ati dia je. Hoho. By the way, insyaAllah..Mudah mudahan ada reezeki. Semoga terus menjadi anak yang solehah ye ;) dan good luck! ^^

    ReplyDelete
  2. Wow.. Nice.. bila oppesite tu yang banyak menda nak ditekak kan.. tapi itulah yang sebenarnya merapatkan.. Semoga awak, mama dan keluarga awak sentiasa dalam rahmat Allah..

    ReplyDelete
  3. Ade singgah....
    Semoga berjaya.... :)

    http://musicstyle29.blogspot.com/2016/07/first-giveaway-by-anis-khalilah.html

    ReplyDelete
  4. good luck :D
    http://mellyacrayola.blogspot.my/2016/08/first-giveaway-by-anis-khalilah.html

    ReplyDelete