A pessimist sees a difficulty in every opportunity An optimist sees opportunity in every difficulty

Saturday, January 10

Diceluk Saku di Rome

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum and hai semua

30/12/2014 saya telah berjaya menjadi mangsa penyeluk saku di Rome. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Subhanallah gempak ni gempak ni haha. Sendiri nak cerita sendiri kata gempak. Apakah2

Ok hujung tahun 2014 kami tour Italy. Start dengan Milan then Venice-Florence-Pisa-Napoli-Pompei and last sekali Rome. So hari last di Rome satu perkara yang menggemparkan telah terjadi. Nasib xda wartawan Berita Harian je kat situ. Kalau x, dah boleh jadi front page. (Over perasan nya haa) Dekat tempat kerja saya ada sorang pakcik Italy. Dia asyik kata MAFIA asal dari Italy ja. Pastu dia pesan kata hati2 kat Italy. Jaga barang semua and sentiasa perhati orang sekeliling. Malam-malam jangan keluar tempat yang xda orang and malam-malam jangan p kampung2 mana2 sebab kita xtahu kot itulah tempat mafia2 berkumpul. Pakcik ni macam memburukkan negara sendiri pulok kan tapi betol la niat dia, dia nak kami berhati-hati sebab dia tahu negara dia macam mana.

Okaaaaay back to the story. Panjang pulok introduction. Karangan penulisan bahasa melayu sepatutnya 120 patah perkataan je. Apakah2. So ceritanya bermula apabila kami bertiga, saya, cik Raihan and cik Zulaiha naik metro nak p melawat satu tempat ni. Metro macam penuh sikit time tu so kami pon dapat berdiri macam dekat area2 pintu ja. Selalu nya bila masuk pintu train akan ada satu tiang yang kita boleh pegang kan.
Macam ni bagi siapa2 yang xboleh imagine. Nampak ada tiang tengah2 tu? So kami bertiga berdiri sambil pegang tiang tu and metro full.  Pastu sampai satu station ni ada 3 orang budak naik. Dua kanak2 lelaki berusia lingkungan 8 ke 10 tahun and sorang kanak2 perempuan berusia 12 ke 14 tahun. Ok saya failed sikit bab2 teka umur ni sebab orang2 sini kan muka xmenggambarkan usia. Matured abis muka semuanya. So insyaAllah betol la tekaan umur tu. 

Saya xperasan apa2 masalah dengan budak2 ni tapi dua lagi ahli terlibat ni (cik Raihan and cik Zulaiha) perasan something. Ni lepas kes ni kami berbincang balik cewahh mcm detctive sangat taw haha. Cik Zulaiha kata budak2 ni berbau, bukan lah busuk tapi bau mcm orang2 homeless. Cik Raihan pulak kata dia duk pikir apalah yang budak2 ni main sampai kuku diorang hitam. Rupanya cik Raihan duk perhati je jari budak2 ni sebab budak2 ni pegang juga tiang tu bersama-sama kami. Tapi diorang rasa bersalah mula2 tu, duk istighfar je sebab macam buruk sangka kan. 

Selepas beberapa minit tiba2 ada sorang akak tgh berdiri kat bahagian kerusi ni macam jerit2 cakap dengan budak2 ni. Saya fikir kakak ni geng diorang and nak bagitahu diorang kene turun next station. Cik Raihan pulak dah berjaya membetolkan hati dia. Dia rasa " oh ada jugak geng diorang yang bersih" Cik Zulaiha pulak boleh regonize bahasa diorang, rupa-rupanya kakak tu cakap bahasa spain. Budak2 tu and orang dalam train xfaham pon apa kakak tu duk cakap. Kakak tu siap tepuk2 bahu zulaiha. Saya pon buat dek je lah.

Saya pakai beg sandang and selalu nya memang akan always sandang ke depan sebab pakcik italy memang dah suruh hati2 kan. Tapi disaat itu, disaat itu ya saya xselimpang beg saya ke depan but cuma sangkut ja kat bahu belah kiri. Pastu alhamdulillahnya saya rasa nak tengok beg saya tapi beg budak ni ada atas beg saya. Beg dia macam lebar sikit. Time tu xda pikir negative pon, pikir train kan penuh manusia so beg dia pon mcm terletak atas beg saya. So saya nak bawak beg saya kedepan, tiba2 pegang2, beg saya dalam keadaan terbukak, time tu macam rasa, oh tertolak-tolak kot sampai terbukak. Tapi ada la juga rasa maybe orang bukak. Sampai satu station ni, macam ramai juga org turun tapi budak 3 orang ni xturun. Cik Raihan dah berjaya ke belakang and sandar, saya pon mcm xsedap hati, saya pon pusing nak p kat cik Raihan, sekali lagi saya perasan beg terbukak. Time tu macam dah pelik, Tadi rasa mcm dah tutup. 

Tiba2 ada makcik datang bagi poskad and dia cakap apa ntah dalam bahasa Italy. Pastu semua orang mcm pay attention dekat kami. Dari gerak geri semua orang cewaah ayat, ada benda xkene ni. Then tiba2 kakak Spain ni datang ke arah kami and cakap apa ntah dalam bahasa spain dia. Cik Raihan kata "kakak ni geng budak ni, dia geng budak ni" pastu kami mcm takot2 nk ckp dgn kakak ni tapi kakak ni mcam beria2 nak cakap dgn kami, then kami kata "english?" then kakak ni dengan susah payah nya dia kata "they steal, steal!" kami mcm gelabah xtahu kakak ni pihak mana sebenarnya.  Saya pon bukak beg and check. "YES. I LOST MY PHONE" Phone xda dalam bag. Time tu xtahu nak react macam mana, saya cuma kata " Phone Phone Phone Phone...." dengan nada yang sangat tenang. Then cik Raihan ckp mcm kuat gak la kat makcik yang tolong kasi poskad tu "Phone Phone!" Then makcik tu p kat budak2 tu and cakap apa ntah "Kedebuk! Phone saya jatuh ke lantai" Saya xperasan siapa yang baling, saya pon kutip je lah, pastu makcik ni ke sapa ntah macam suruh cek lagi apa yang hilang. Purse ada lagi, So phone je kene amik tapi alhamdulillah dah dpt balik.

Macam huru hara sikit la train tu tapi kami apa pon xfaham sbb semua org ckp bahasa Italy. Pastu train berhenti satu station ni, budak2 ni xda rasa nk keluar pon, then sorg pakcik ni tolak diorang suruh keluar. Satu perkara yang amat amat amat memusykilkan sekali ialah tak ada sesiapa yg marah budak ni. Mungkin ada diorang marah tapi kami xfaham, tapi macam xda siapa yg tinggi suara ke apa. Saya rasa kalo kat tempat kita dah kene bawak p balai dah budak2 yang mencuri ni. Makcik2 pon mesti akan marah membebel panjang kt budak2 ni. Tapi benda tu xberlaku. Saya pon xfaham kenapa saya tenang and xda rasa nak marah2. Xda p kat budak tu marah or maki hamun ka apa. Alhamdulillah. Lepas budak2 tu keluar, ramai orang datang kat kami and cakap berhati-hati. Ada yang guna bahasa isyarat (body language), ada yg ckp dlm bahasa Italy macam2. 

Saya speechless berdebar first time kene curi. Time tu cuma rasa alhamdulillah syukur sangat2. Ramai orang ada perception, orang Rome jahat, orang Rome pencuri, orang Rome penipu tapi bagi kami, jangan sebabkan "nila setitik, rosak susu sebelanga". Tudia markah lebih ni bubuh peribahasa dalam karangan (^_^) Ada certain manusia yang xda kene kat diri dia sendiri pon tapi dah cop macam2 dekat orang Rome and bandar Rome itself. Xda rasa nak reflect kat diri sendiri langsung. And semua nya salah orang lain. Kot kita ke yang xready betul2, kot kita ke yang xtanya betul2, kot kita ke yang xjaga barang kita betul2. 

Kes ni 97% salah saya sebab saya xpay attention dengan barang saya. So saya hadiahkan A1 untuk diri sendiri. 97% tuuh. Susah nak dapat. Selama 9 hari kat Italy beg memang sentiasa silang and letak ke depan. Tapi saat tu saya xsilang beg and bia je kat tepi. Kita xtahu apa reason diorang. Mungkin dipaksa mencuri, mungkin nak selamatkan mak sakir, tapi kalau kita sendiri yang berhati-hati diorang pon xda peluang nak curi. Tapi saya bukan kata apa yang diorang buat betul cuma saya rasa budak2 ni sangatlah budak2. Apakah ayat. Kita umur 8 9 tahun duk main guli, main nyorok2, main getah (oh rindu lompat getah) and mcm2 mainan lain tapi diorang dah start buat benda2 yang perlukan skill, strategy and keberanian. Rosak3. Saya rasa berdebar ada lah dalam 30 40 minit. Dah keluar train pon still macam rasa menggigil tapi bila pikir balik, mcm mana lah budak2 ni rasa. Diorang kantoi kot, mesti lah berpuluh kali ganda lagi berdebar dari saya.

Tapi disebabkan kes ni, pandangan kami terhadap orang2 Rome berputar 360 degree. Tapi mcm pelik je 360 degree balik ke tempat asal la pulok. Berputar 180 degree je la. Perception2 orang lain tentang bandar Rome sebuah bandar yang scary semua lenyap sekelip mata, Why? Because we met nice people more than bad people. Kami jumpa 3 orang budak jahat tapi satu gerabak orang yang baik. Petama akak Spain yang ambil tahu, prihatin and semangat nak tolong walaupon xda siapa faham dia. Kakak Spain ni rupanya dari mula budak ni naik dia dah perasan yang budak ni bukak beg cik Zulaiha and cuba nak bagitahu. Tapi Zulaiha xfaham. Dia siap tepuk bahu cik Zulaiha. (Alhamdulillah cik Zulaiha pon xda hilang pape sbb budak ni bukak beg dia bahagian luar and dia memang xletak benda penting kat situ). Kedua makcik hulurkan poskad and dapatkan balik phone. Semangat makcik ni nak tolong kami. And ketiga ialah lima enam orang makcik pakcik lain yang suruh kami berhati-hati. Punya lah banyak manusia yang baik dan prihatin sampai terkesima kami dibuatnya. This is what we called "every cloud has a silver lining" and semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. 

Jadi mereka2 yang akan ke Rome, pay attention! Jaga barang anda betol2 dan kene sentiasa berhati2. Apa2 berlaku tengok diri sendiri dulu, betol ke bukan salah kita, betol ke tu salah orang lain. And i wish you: have a nice trip in Rome. Dont let others perceptions ruin your trip in Rome =)

Alhadmulillah untuk pengalaman yang sangat bermakna ni. Rome may we meet again insyaAllah (^_^)

p/s: Sebelum kejadian ni, kami ada jumpa sorang Pakistan yang boleh cakap melayu dekat kedai makan. Dia siap tanya xtakut ke jalan2 sini and kami  kata ok je. Then bila dah sudah makan nak pergi dia kata "Hati2" Subhanallah. Dah ada orang tolong ingatkan siap sebenarnya (^_^)

" Dan apabila manusia ditimpa sesuatu bahaya, mereka berdoa kepada Tuhannya dengan kembali (bertaubat) kepadaNya, kemudian apabila Dia memberikan sedikit rahmatNya kepada mereka, tiba-tiba sebahagian mereka mempersekutukanNya "
[30:33]

1 comment :

  1. Thanks for the reminder. Kena beringat bila di tempat orang supaya tak leka.

    ReplyDelete