A pessimist sees a difficulty in every opportunity An optimist sees opportunity in every difficulty

Monday, December 8

Weihnachtsmarkt Stuttgart

Assalamualaikum and hai semua
So pertama sekali, meh nak translatekan, Weihnachstmark ialah Christmas Market. So wikipedia kata, wiki yang kata ok, bukan saya kata. Wiki kata Weihnachtsmarkt Stuttgart is one of the biggest and oldest Weihnachstmartk in Europe (^_^)

So here is it
- Pintu Gerbang -
- Nenek Comel Niaga -
- Berus -
- Papan Tanda -
- Cawan -
- Buah Salut Coklat - 
- Minuman -





And things i never miss to eat during Weihnachstmarkt season are

- Crepes -
and i love crepes mit nutella!
- Kartoffelpuffer -
Kentang macam Hash Brown gitu, tapi kat sini orang makan dengan apple sauce (Apfelmus)
- Dampfnudel -
Kalau direct translate jadi bihun steam haha macam lucu pulok. Ni bukan bihun ya anak2. Ni dia macam pau. Boleh pilih nak ada inti or xda inti. Inti jgn imagine boleh pilih nak kaya, kacang, daging or kari ayam ok. Inti yang ado cuma plum. Then dia tuang vanilla sauce atas nya. And yang tabur atas tu ialah cinnamon. Kayu ape ntah nama nya, kayu manis kot, yg org selalu letak dlm kari tu. Orang sini sangat lah suka cinnamon.
- Kekacang -
Ini feveret ini. Ini boleh dapat time Weihnachstmarkt ja. Time2 lain mungkin ada tapi saya xpernah jumpa. So dia ada jual macam2 kacang macam2 perisa. And my favourite is cashew nut with caramel, and almond with nutella. Sedap sungguh habaq hang. Pastu ada mcm2 lagi perisa, cili la, kaffe la vanilla la, pilih apa suka ikot cita rasa masing2.
- Kinderpunsch -
Last but not least boleh cuba Kinderpunsch. Ini alkoholfree ok.  Kinder means kanak2. So ni air untuk kanak2, tapi ini ja yang halal untuk kita. So boleh la cuba. tapi share la, dgn sapa2, bukan sedap mana pong. Kalau beli air dekat weihnachstmark, kita kene bayar deposit cawan 2 euro cmtu la Duit ni kalau kita pulang balik gelasnya, kita dapat balik duitnya. Tapi orang sini selalu xpulangkan pon, sebab duit tu kira macam kita beli cawan tersebut (tudia tersebut taw) So ramai juga yg suka kumpul cawan Weihnachstmarkt ni but not me (^_^)


This market has nothing to do with religion. Weihnachstmarkt is just like our night market in Malaysia. Everything depends on niat.

So welcome to Weihnachtsmarkt Stuttgart (^_^)

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”
[60:8-9]

No comments :

Post a Comment