A pessimist sees a difficulty in every opportunity An optimist sees opportunity in every difficulty

Saturday, May 24

A Greeting

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Petang semalam keluar pergi beli makanan dekat satu kedai ni. Saya antara regular customer kedai tu lah. Biasalah org rajin masak an, makan kedai je lah jawapnya, balik2 muka ni haha plus kedai tu je satu-satunya kedai makan halal yang boleh jalan kaki dari rumah saya. So dah kamcing lah dengan pakcik kedai tu cewaah. Padahal pakcik kedai tu duk panggil "Laila Laila" Banyak kali dah kata "Laika la Pakcik bukan Laila" Laila pon laila lah pakcik.

So yang nak dijadikan ceritanya lah kan. After dah siap makanan, dah bayar, nak balik, saya kata lah " tschüss und schönen Abend noch" maksudnya mcm "bye and have a greet evening" lah kan. Lepas tu pakcik tu tanya saya, dalam bahasa melayu orang wish mcm mana. Amik hang terkesima sekejap. Haha baru perasan, kita orang melayu sangat lah tak ada greet2 wish2 ni. xpenah lagi dengar ada org wish "semoga mendapat petang yg indah" haha. After beberapa seconds berfikir saya pon kata lah, oh dalam bahasa melayu xada org wish mcm tu, kami normally cakap Assalamualaikum je (cover baik punya) Tapi sebenarnya, boleh kira lah berapa org je yang bagi salam. Normally bila kita beli barang kita akan kata thank you then blah je.

Dekat sini diorang sangat lah banyak greeting. Kalau pagi2 tu penat nak greet semua org yg kita kenal. Selamat pagi selamat pagi selamat pagi. Bila lalu lalang selisih lecturer or org kita kenal mesti akan "hallo". Kat Malaysia dulu time sekolah jumpa cikgu ada lah gak kadang bagi salam, tapi dekat kolej memang xda langsung da. Selisih senyum and tunduk kepala sikit je. Lepas tu kat sini kalau kelas pulak, habis kelas lecturer mesti akan cakap "thank u for your attention (Danke für Ihre Aufmerksamkeit) " pastu kalau hari biasa diakan ckp "have a great day (schönen Tag noch)" and kalau hari jumaat dorg akan kata "have a great weekend (schönes Wochenende). Kalau kita ada kelas lagi ke after tu  dorg akan kata "Have fun (Viel Spaß noch)".

Next is kedai. Pergilah kedai mana2, bila kita masuk kedai je normally org kedai dah kata "Hallo". Bila keluar kedai, xkisah lah kita beli pape atau tak beli pape mesti dorg akan kata "Bye2 (Tschüss)" Bila time nak bayar kat cashier tu first thing mesti greet "Hallo ataupon Good Day (Guten Tag)" Bila dah siap bayar cashier akan kata dulu "Have a great day" and kita reply "you too" 

Last year balik Malaysia, sebabkan saya dah terbiasa dengan budaya ni, bila beli barang and nak bayar je normally saya mesti hello or hai, and banyak je cashier2 yang xhello or hai balik pon. Kalau cashier tu lelaki muda mcm baya2 kita yang macam badget2 hot tu pandang saya pelik. Pastu saya pon perasan sendiri, haah nampak macam nak mengorat or gatal pulak bila saya kata "Hai". NOOO xde niat ok nak mengorat whatsoever. Saya cuma greet. Bila someone greet kita mood kita boleh naik gila sbb org normally greet plus senyum. And dalam Islam senyum itu satu sedekah. Senyuman kita series sepatutnya boleh buat org lain happy jugak. 

" Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit "
[Malique Najwa- Senyum]

Dekat sini kan mcm xramai orang Islam, so banyak kali jugak org yang saya xkenal bagi salam kat saya. Kalau perempuan pakai tudung selisih perempuan pakai tudung normally mesti kita bagi salam. Awal2 tu terkejut jugak, tapi lama2 kita dengan xsedarnya bagi salam automatic. Sebab susah kan nak jumpa org Islam kat sini. Kalo lelaki pulak kan macam kita xnmpak dorg Islam ke x, kadang2 tiba2 je ada pakcik bagi salam then dia kata alhamdulillah. Kita pon senyum and jawab je la salam.

 Hari tu ada lawak gila saya p jalan2 dengan kawan perempuan lain. Kami tengah jalan kat tepi jalan raya ni, tiba2 ada pakcik kat seberang jalan jerit "Assalamualaikum!" semangat gila dia terkejut kami. Pastu pakcik tu jerit lagi sekali "Bangladesh?!" haha amik hang. Xtaw lah sapa mukan mcm bangladesh dalam group kami tu aigooo haha Kami pon jerit la " Waalaikumsalam nein (no)!!" tergelak besar sekor2 lepas tu mula lah bab menganalisis siapa antara kami yang muka mcm bangladesh ni haha.

Sooo jom lah kita memeriahkan budaya menegur sapa walaupon xkenal. And untuk muslim cara paling mudah untuk greet is Assalamualaikum (selamat sejahtera ke atas kamu). Mungkin pelik la nak wish dalam bahasa melayu kan "semoga mendapat hari yang indah", " selamat berseronok dengan belajar", " semoga mendapat hujung minggu yang indah" dan sebagainya. Pelik sebab xpenah ada orang buat. Kalau sapa2 nak mulakan silakanlah, tapi kalau susah2, boleh wish in english je kan. And semua org mesti faham punya lah. Selamat mencuba semua!
"Dan apabila kamu dihormati dengan sesuatu penghormatan (salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik atau balaslah (yang sepadan) dengannya. Sesungguhnya Allah maha menghitung sesuatu."
[4:86]

Thanx for reading and semoga semua diberkati insyaAllah (^_^)

No comments :

Post a Comment